麻豆直播

   鈥   

26 LEMBU KORBAN BUAT PENDUDUK BATTAMBANG KEMBOJA

korban kembojaUUM ONLINE: Buat pertama kalinya penduduk Battambang di Kemboja menguruskan sendiri ibadah korban tanpa kehadiran Pusat Islam UUM ekoran pandemik COVID-19.

Usaha murni yang dirintis oleh Pusat Islam sejak tujuh tahun lalu telah berjaya mendidik penduduk Kemboja untuk menguruskan sendiri korban serta membangunkan modal insan yang berpegang teguh pada agama Islam.

Pegawai Hal Ehwal Islam, Mohd Yusnaidi Md Sabri berkata, ramai rakyat Kemboja hidup miskin dengan tempat tinggal yang daif dan berhempas pulas mengerah tenaga untuk mendapatkan sesuap nasi.

Menurutnya, seramai 182 peserta mengambil bahagian dalam Program Qurban/Aqiqah Di Battambang Kemboja yang berjaya mengumpul 26 ekor lembu untuk diagihkan kepada fakir miskin di Battambang yang hanya berpeluang menjamah daging setahun sekali.

Katanya, sambutan sangat menggalakkan daripada warga kampus terutama dari peserta yang  pernah terlibat sebelum ini, selain mendapat sokongan daripada Sahabat Masjid UPM, Rakan-rakan Projek Syahadah, Pertubuhan Sukarelawan, Kebajikan dan Pendidikan (PESAN) termasuk peserta dari Brunei.

鈥淧usat Islam melalui Kelab Ukhuwwah juga terus komited membantu menggerak dan menghidupkan syiar Islam melalui ibadah korban di Battambang,  Kemboja walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

鈥淧ada tahun ini, tiada staf UUM yang akan ke Battambang, Kemboja memandangkan COVID-19, tetapi kita telah bersiap siaga dan sudah ada wakil yang terlatih di sana,鈥 katanya.

Mohd Yusnaidi berkata, korban di sana akan diuruskan Ustaz Mosa yang telah dibimbing sejak 2013 dan penduduk dilantik sebagai urusetia yang akan membantu urusan korban tersebut.

Menurutnya, ini merupakan pengalaman pertama mereka menguruskan sendiri tanpa bantuan UUM dan sukarelawan luar.

鈥淎lhamdulillah, setiap tahun perkembangan sangat menarik berlaku di kampung tersebut di mana kita menjadi fasilitator yang telah menurunkan ilmu untuk membangunkan kepimpinan dan komuniti supaya terus mengorak langkah.

鈥淪aya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga kampus dan semua yang bermurah hati menyumbang dalam Program Qurban/Aqiqah Di Battambang Kemboja,鈥 katanya.