鈥
Compass Marching Bentuk Disiplin, Tingkat Kecekapan Pegawai
UUM ONLINE: Compass Marching yang sarat dengan pengisian dan latihan bermanfaat dilihat mampu melahirkan barisan pentadbir dan pegawai yang berupaya membawa kecemerlangan kepada Universiti.
Pegawai Tadbir, Akmal Ahlami Md Rozai berkata, meredah hutan tebal tanpa alat perlindungan diri antara cabaran getir yang ditempuhi dalam pasukan.
鈥淗anya berbekalkan ilmu yang diberikan oleh Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) bersama sehelai peta topografi daerah Jitra, pembaris, sebiji kompas peserta meredah hutan dan belukar.dari Kampong Tok Kassim sampai ke Kampung Baru.
鈥淎ktiviti ini mengajar peserta cara bekerjasama dan membina ketahanan diri kerana laluan yang dipilih mempunyai pelbagai rintangan seperti bukit yang tinggi, sungai yang berliku dan haiwan liar.
鈥淒i sini pentingnya pengambilan air mineral yang cukup sebab itulah peserta disarankan untuk minum air mineral sebanyak 1.5 liter pada malam sebelum tibanya hari Compass Marching untuk mengelakkan dehidrasi ketika berada dalam hutan,鈥 kongsinya.
Jelasnya, melalui program ini peserta dapat memperbaiki disiplin diri mengikut ketetapan masa dan aktiviti yang dicatur oleh PALAPES di samping meningkatkan kecekapan pegawai yang saling melengkapi agar bekerjasama dengan lebih mantap dalam satu pasukan.
鈥淎ktiviti ini melahirkan semangat bekerjasama dalam kumpulan dan lebih mencabar menggerakkan 1 kumpulan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai ego yang tersendiri, personaliti dan jabatan yang berbeza.
鈥淪aya sedar bukan mudah untuk memastikan gerak kerja yang efektif di kalangan ahli, di sinilah pentingnya sikap tolong menolong, toleransi dan semangat setiakawan,鈥 luahnya.
Manakala Jurutera Awam, Nurfakhira Azmi berkata, pengajaran yang diperoleh daripada program ini mengubah cara kerja hakiki peserta supaya lebih sistematik dan menepati masa. aktiviti yang padat mengajar peserta supaya menepati masa yang ditetapkan,
鈥淏anyak perkara yang dipelajari antaranya bagaimana untuk menguruskan masa dengan betul kerana waktu yang diperuntukkan agak singkat, cara melahirkan semangat kerjasama dalam kalangan ahli akan membantu dalam memastikan gerak kerja staf yang lebih efektif di pejabat,鈥 ujarnya.
鈥淏ukan senang menguruskan satu kumpulan yang terdiri daripada bermacam-macam karakter, peringkat umur namun peserta dilatih untuk menguruskan tekanan, ketahanan fizikal dan mental apabila berada di suatu tempat misalnya di hutan,鈥 akuinya.
Selain belajar cara membaca peta topografi tambahnya, dalam slot 'Sayangi UUM ku' peserta membentangkan perkara yang boleh melahirkan rasa cinta dan sayang kepada institusi. dengan membentangkan idea dan teknik untuk bekerja dalam suasana yang harmoni.
Compass Marching anjuran Unit Latihan Jabatan Pendaftar dengan kerjasama PALAPES UUM, Jabatan Keselamatan dan UEC Sdn. Bhd. melibatkan Pegawai Pengurusan dan Profesional 麻豆直播.