鈥
EKSPEDISI KAYAK UJI KETAHANAN MENTAL FIZIKAL聽
UUM ONLINE: Tidak gentar meredah tasik yang luas di bawah terik mentari sesekali terumbang ambing merempuh badai, menongkah arus, hujan secara tiba-tiba menyukarkan lagi ekspedisi kayak.
Pelajar Sarjana Muda Sains Pemutusan, Nurul Ieman Hishamudin berkata, ekspedisi kayak ke Tasik Beris selama enam jam ternyata menguji ketahanan mental fizikal.
鈥淏ayangkan kami terpaksa berdepan gelora, angin dan cara berkayak semuanya berlaku pada masa itu di sinilah teruji ilmu dan teknik semasa program dijalankan dan dapat menerapkan nilai kerjasama antara satu sama lain.
鈥淜ami keletihan kerana perjalanan yang jauh akan tetapi sorakan sokongan kawan-kawan membangkitkan semangat untuk menghabiskan ekspedisi kayak,鈥 kata anak kelahiran Pahang.
Nurain Aisyah Noormad Razamussein berkata, apabila berkayak di tasik mereka sudah bersiap siaga menghadapi sesuatu yang tidak dijangka.
鈥淐uaca tidak menentu, hujan dan panas berselang seli ketika ekspedisi kayak cukup memeritkan. Walaupun kami rasa sukar pada waktu tersebut dan ingin berputus asa tetapi sebenarnya kesukaran tersebut adalah sebuah kejayaan buat kami selepas berjaya menghabiskan kayak mengelilingi Tasik Beris.
鈥淭anpa kerjasama kumpulan agak sukar buat kami untuk bertahan dan menempuhi segala rintangan selain memberi semangat antara satu sama lain membuatkan beberapa orang yang hampir putus asa berjaya meneruskan sehingga ke garisan penamat,鈥 ujar siswi Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Rangkaian Komputer).
Banyak yang dipelajari antaranya ketika berdepan saat getir sentiasa sabar dalam menempuhi sebarang cabaran dan semangat berpasukan memainkan peranan penting semasa berkayak.
鈥淧emandangan yang cantik, tasik yang terbentang luas, udara yang segar menjadikan kami sangat teruja dan terhibur melihat gelagat mencuit hati semasa berkayak,鈥 ujarnya.
Sementara itu, pengarah program, Nurul Hidayah Mohd Ridzuan Kathiresan berkata, seramai 61 peserta menyertai program Outrec Tasik Beris Adventure Camp yang dijalankan selama tiga hari di Seri Ternas Resort, Tasik Beris, Sik, Kedah.
鈥淓kspedisi ini sarat dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya 鈥榳ater confidence鈥, berkayak dan 鈥榮urvival鈥 demi membentuk sahsiah diri, memupuk semangat kerjasama di kalangan peserta yang berbilang kaum seperti Cina, India dan Melayu sekali gus mengeratkan hubungan yang terjalin,鈥 katanya.
Seorang lagi peserta, Pelajar Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat), Amir Daniel Yusof berkata, di daratan pula segalanya mengenai 鈥榮urvival鈥 dalam hutan demi meneruskan kelangsungan hidup.
鈥淪aya sukakan cabaran jadi saya belajar erti kesusahan dan ilmu di dalam hutan seperti cara menggunakan sumber alam semula jadi, menyesuaikan diri dengan alam dan keluar dari zon selesa.
鈥淜ami berpeluang menghidupkan api, membuat unggun api, memasak apa yang ada di hutan dan menyediakan kelengkapan seperti tempat tidur, berteduh dan tandas di samping permainan dan sembang santai,鈥 kongsinya.
Peserta belajar untuk tidur dalam serba kekurangan tanpa peralatan yang sering digunakan misalnya ruang rehat yang terhad menyebabkan mereka bertolak ansur dan bergilir untuk berbaring.
Sesungguhnya pengalaman di Tasik Beris terlalu tinggi nilainya sekali gus mematangkan peserta yang mengajar erti kesabaran, kasih sayang dan bersyukur dengan apa yang ada.