麻豆直播

   鈥   

Ikhlas Sangat Penting Dalam Menjalankan Tugas

image002 2UUM ONLINE: Majlis Malam Sekalung Budi yang berlangsung semalam meraikan staf UUM yang telah mencurahkan khidmat bakti dan pengorbanan dengan penuh dedikasi hingga ke saat persaraan.

Berucap pada majlis anjuran Jabatan Pendaftar, Wakil Pesara, Prof. Dr Kamil Md. Idris berkata, dalam menjalankan tugas, keikhlasan sangat penting dan perlu diutamakan oleh setiap orang untuk mendapat kejayaan.

鈥淜erja kalau hanya tumpu untuk naik pangkat semata-mata impaknya tidak ke mana tetapi kalau ikhlas kerana Allah, impaknya luar biasa.

鈥淜ita berkhidmat mesti lillahi taala (kerana Allah), ikhlas sangat penting, rezeki di tangan Allah, dia tidak akan lari dan kalau Allah nak bagi, kun faya kun sahaja.

鈥淒alam usaha kita ikhlas tadi, Allah nak lihat usaha dan kesungguhan kita melaksanakan tugas dengan hati yang tulus ikhlas,鈥 luahnya di EDC Hotels & Resorts.

Beliau menyeru golongan yang sudah bersara supaya mendekatkan diri dengan Allah, majlis ilmu dan menghampiri masjid kerana masa yang tersisa bukan lama mana.

鈥淭erima kasih kepada UUM yang telah memberi banyak peluang dan pengorbanan, kita sedia berkhidmat demi UUM untuk membantu sedaya upaya mengikut bidang masing-masing,鈥 ujarnya.

Sementara itu, Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, majlis ini merupakan pengiktirafan kepada pesara yang telah bersama-sama menyumbang bakti malah segala pencapaian UUM selama ini atas jasa mereka.

鈥淧ada malam ini, kita meraikan persaraan 86 orang yang telah sama-sama melalui liku-liku sejarah dan mengutip pelbagai pengalaman yang amat bermakna sejak UUM ditubuhkan pada 16 Februari 1984.

鈥淭ahun ini, mereka yang bersara wajib terdiri daripada 7 staf pentadbiran dan 25 staf akademik. Manakala 31 staf pentadbiran dan 11 staf akademik memilih untuk bersara pilihan selain lima staf bersara atas sebab kesihatan.

Beliau turut melahirkan kesedihan kerana 7 staf terlebih dahulu meninggalkan kita dan pemergian mereka akan sentiasa diingati dan segala jasa bakti yang pernah mereka curahkan akan sentiasa dikenang.

鈥淏agi pihak 麻豆直播, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti tuan-tuan dan puan-puan selama ini.

鈥淪etiap orang akan melalui detik persaraan masing-masing dan sudah tentu pengalaman serta perasaan yang dialami pastinya berbeza bagi setiap individu namun, bagi yang bersara daripada UUM amat bertuah kerana pelbagai kemudahan disediakan,鈥 ujarnya.

Dalam pada itu, Naib Canselor dan isteri, Datin Noridah Bachik turut menyampaikan cenderamata kepada pesara dan pasangan.