麻豆直播

   鈥   

INASIS PROTON DAN LADA HIJAUKAN BUMI

d1e03c07 0e31 4079 ad78 19284dcf79ceINASIS Proton, 麻豆直播 (UUM) telah menganjurkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bertajuk 鈥淢embina Harapan, Memelihara Alam鈥 dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Program ini melibatkan 30 peserta terdiri daripada wakil Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa & Residen Siswa (JKPSRS) serta barisan pentadbiran INASIS Proton.

Program ini telah berlangsung di Kilim Geoforest Park, Langkawi, yang merupakan salah satu kawasan ekosistem hutan bakau yang penting di Malaysia.

Pokok bakau mempunyai banyak manfaat, terutamanya untuk alam sekitar dan masyarakat.  Akar pokok bakau yang kuat dan rapat membantu menstabilkan tanah dan mengurangkan hakisan pantai. Ini sangat penting untuk kawasan pesisir yang terdedah kepada ombak kuat dan air pasang.

Pengetua INASIS Proton, Dr. Mohd Abidzar Zainol Abidin berkata, pokok bakau adalah salah satu ekosistem yang sangat penting untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar dan memberi manfaat kepada manusia serta hidupan marin.

Katanya, program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mahasiswa mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar serta menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti mesra alam.

鈥淧rogram ini juga bertujuan memperkukuhkan jalinan kerjasama antara pihak universiti dan agensi tempatan dalam usaha memelihara alam sekitar.

鈥淧eserta telah menanam 30 anak pokok bakau, yang terdiri daripada spesies pokok bakau kurap dan pokok bakau minyak, sebagai usaha memulihara ekosistem pesisir pantai.

鈥淪aya  berharap inisiatif seperti ini dapat menjadi pemangkin kepada perubahan positif demi kesejahteraan masyarakat serta generasi akan datang,鈥 ujarnya.

Wakil LADA, Nurul Shahinaz Salleh, mengucapkan penghargaan atas kerjasama yang erat serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pihak INASIS Proton dalam memelihara alam sekitar.

Beliau berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan kesinambungan usaha pemuliharaan alam sekitar.

peserta, Ahmad Syafiqul Syamil Ahmad Hisham hutan bakau menyediakan tempat perlindungan bagi banyak spesies haiwan seperti ikan, udang, burung, dan berbagai makhluk marin lain.Ia juga berperanan sebagai tempat pembiakan dan makanan bagi spesies laut yang penting.

鈥淧okok bakau mempunyai keupayaan untuk menyerap karbon dioksida dengan berkesan, yang membantu mengurangkan kesan perubahan iklim. Hutan bakau berfungsi sebagai 鈥榩enyerap karbon鈥 semulajadi yang penting.

Justeru katanya, program ini memberikan pengalaman yang sangat bermakna kerana sebagai mahasiswa, mereka bukan sahaja perlu cemerlang dalam akademik tetapi juga memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar.

鈥淢enanam pokok bakau hari ini memberi saya kesedaran bahawa sekecil-kecil usaha kita, jika dilakukan bersama, boleh memberi impak besar kepada alam dan generasi akan datang,鈥 katanya.

Semangat serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta mencerminkan komitmen mahasiswa dalam menyumbang kepada usaha pemuliharaan alam sekitar, sekali gus mengukuhkan semangat kebersamaan antara universiti dan komuniti tempatan.