麻豆直播

   鈥   

Kerabu Bronok Rangkul Emas Di World Chefs Championship Competition

L Chef copyjpgKERABU BRONOK RANGKUL EMAS DI WORLD CHEFS CHAMPIONSHIP COMPETITION

UUM ONLINE: Siapa sangka penangan Langkawi's Exotic: Kerabu Bronok berjaya memikat hati juri sehingga melayakkan Muhammad Shah Kamal Ideris merangkul pingat emas pada World Chefs Championship Competition, Malaysia 2019 di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, baru-baru ini.

World Chefs Championship Competition, Malaysia 2019 tercatat dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) dengan penyertaan 2,300 peserta dari 20 negara di seluruh dunia yang bersaing dalam 80 kategori yang di pertandingkan bagi merebut kejuaraan.

Pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM), 麻豆直播 (UUM) mengetengahkan resepi ini bertujuan untuk mengangkat makanan warisan ke peringkat dunia.

鈥淚ni adalah masanya yang tepat untuk mempromosikan Bronok yang merupakan makanan eksotik penduduk Langkawi kerana pertandingan ini melibatkan lebih dari 20 penyertaan di serata dunia seperti Jepun, Korea, Singapore, Indonesia, Taiwan, Brunai dan Thailand.

鈥淏ronok amat unik sejenis hidupan laut berwarna coklat atau merah jambu kenyal, rapuh, rasanya agak masin. Bronok boleh dimakan mentah dan sedap jika dijadikan kerabu tetapi Bronok tidak boleh dimasak kerana akan berubah menjadi air.

Bercerita lanjut pengalamannya, banyak cabaran yang ditempuhi kerana Bronok terdapat di Langkawi sehingga terpaksa berulang alik ke Pulau Langkawi 3 minggu sebelum bertanding untuk mendapatkan stok Bronok dan mencuba resepi yang sesuai.

鈥淪aya ke Langkawi setiap Rabu untuk mendapatkan Bronok, pernah sekali pergi balik dengan tangan kosong kerana Bronok tiada waktu itu rasa sangat kecewa.

鈥淎lhamdulillah segala pengorbanan, penat lelah dan kesusahan terbalas amat berbaloi dengan kemenangan yang diperoleh ini.

Menurutnya resepi bronok ini menggunakan kelapa sangai, cili kering, bawang, belacan santan yang memberi rasa mengagumkan dan lain dari yang lain.

Tambahnya, Langkawi's Exotic: Kerabu Bronok merupakan salah satu resepi yang terdapat dalam buku Kedah Iconic Food dan buku ini masih dalam proses untuk disiapkan.

Kamal berharap makanan yang unik dan lazat ini dapat diangkat menjadi makanan warisan atau ikonik negeri Kedah suatu hari nanti.

Pertandingan ini tercatat dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) dengan penyertaan lebih 20 negara di seluruh dunia dengan 2,300 penyertaan serta lebih 80 kategori di pertandingkan.

Kegembiraan berganda apabila turut menerima pingat gangsa bagi kategori Malay Cuisine (Traditional) Hidangan Keluarga bertemakan Makanan Kelantan.

Kamal merakamkan rasa kesyukuran atas penganugerahan yang diterima walaupun bersaing dengan peserta lain yang terdiri daripada kalangan para profesional dalam bidang kulinari yang jauh lebih berpengalaman.

鈥淪aya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dari Dekan STHEM, Dr. Johan Afendi Ibrahim, pihak pengurusan dan warga STHEM.

鈥淪emoga dengan anugerah dan penyertaan dalam pertandingan kulinari sebegini dapat dijadikan pemangkin bagi menggalakkan penyertaan daripada pelajar Program Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti kelak,鈥 ujarnya.