鈥
KOMITMEN UUM BANTU TINGKAT EKONOMI NELAYAN
UUM ONLINE: Selangor - Dalam usaha memajukan industri perikanan negara, 麻豆直播 (UUM) antara tiga institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Perikanan Malaysia (DoF) di Dewan A MAEPS, Serdang, hari ini.
Pemeteraian MoU yang ditandatangani Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah dan Ketua Pengarah Perikanan, Mohd Sufian Sulaiman itu disaksikan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee di Majlis Menandatangani MoU antara DoF dengan IPTA bersempena dengan Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show (MAHA) 2022.
Dua IPTA lain yang turut serta dalam sesi menandatangani MoU yang berkuat kuasa bagi tempoh 5 tahun itu ialah Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Ronald dalam temu bual beliau berkata, kerjasama strategik antara DoF dengan IPTA seperti UM, UKM dan UUM itu merupakan langkah yang terbaik dalam perkongsian data dan kajian untuk membangunkan industri perikanan dari aspek sosial dan ekonomi.
Menurutnya, dengan kerjasama melibatkan tiga IPTA itu diharapkan dapat merancakkan lagi pertumbuhan sektor perikanan negara dan pembangunan komuniti nelayan.
鈥淪aya juga berharap kajian yang akan dijalankan dalam pelbagai fokus itu nanti dapat menghasilkan agenda negara untuk membangunkan industri perikanan.
鈥淒alam era sekarang, semestinya perkongsian data dan kajian akan membantu mempercepatkan pembangunan industri yang terlibat,鈥 katanya.
Sementara itu, Haim Hilman berkata, beliau berharap UUM yang dikenali sebagai universiti pengurusan dapat membantu Jabatan Perikanan untuk membangunkan dari aspek ekonomi dan keusahawanan dalam kalangan nelayan.
Tambahnya, kerjasama tersebut sudah lama dinantikan oleh kedua pihak untuk direalisasikan dan UUM akan memfokuskan kepada penyelidikan tentang pembangunan akademik, rundingan dan penerbitan berkaitan pembangunan ekonomi nelayan.
鈥淎lhamdulillah, saya yakin dan percaya komitmen UUM tidak berbelah bahagi dalam membantu nelayan kita.
鈥淪aya berharap kerjasama ini juga akan memberi satu sumbangan yang baik kepada nelayan di negara ini dalam perkembangan ekonomi dan sosial mereka,鈥 katanya.
Manakala Mohd Sufian pula berkata, MoU itu adalah satu usaha untuk membangun dan memodenkan sektor perikanan negara melalui pengurusan dan pembangunan secara mampan, dinamik dan berdaya saing berasaskan kepada maklumat saintifik dan perkhidmatan berkualiti.
Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Robiah Yunus.