鈥
KOPI QUOFFE UUM 'CHAMPION OF BEST OVERALL PERFORMANCE' UNIEC 2022-2023
UUM ONLINE: Kuala Lumpur - Kejayaan merangkul tiga anugerah di University Entrepreneurship Challenge 2022-2023 (UNIEC 2022-2023) melayakkan Kumpulan Gryphon dari 麻豆直播 (UUM) bergelar 鈥楥hampion of Best Overall Performance鈥.
Kumpulan Gryphon yang diketuai Lam Ci Kin dari Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) bersama ahli kumpulan, Yeap Li Yoong (SMMTC), Lee Hao Cheng (SCIMPA), Ho Meng Cong (SEFB), Dina Dayana Azahri (SOIS) dan Senihga A/P Vejaya Kumar (SOIS) telah membawa produk minuman kopi jenama&苍产蝉辫;鈥楺鲍翱贵贵贰鈥.
Dibimbing oleh mentor, Dr. Ali Imran Kamaruddin dan Prof. Madya Dr. Jauriyah Shamsuddin, mereka berjaya memenangi anugerah kategori Persembahan Perancangan Perniagaan, Pertandingan Runcit Luar Talian serta finalis untuk Anugerah E-Pameran Digital dan seterusnya dinobatkan sebagai 鈥Champion of Best Overall Performance鈥.
Kejayaan lima anak muda ini membuktikan semangat dan kesungguhan mereka dalam menguruskan perniagaan, di samping meneruskan pengajian di dalam bidang masing-masing.
Pertandingan yang diadakan di Bukit Jalil, baru-baru ini anjuran uLearnMoney, Max Capital Management dan Money Compass Media (M) Sdn. Bhd. telah disertai 20 institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Dengan tema 鈥楳engemudi dan Menyerlahkan Potensi Usahawan Muda Beraspirasi Tinggi鈥, pertandingan tersebut bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar perjalanan dunia keusahawanan serta membimbing mereka dalam membangunkan kemahiran dan pengalaman keusahawanan yang sedang diusahakan.
Lam Ci Kin berkata, Kumpulan Gryphon telah melalui enam pusingan dalam pertandingan sejak April 2022 menerusi platform dalam talian.
Menurutnya, enam pusingan pertandingan tersebut merangkumi pertandingan seperti Pertandingan Perancangan Perniagaan, Pertandingan Pembinaan Laman Sesawang, Pertandingan Perniagaan Media Sosial, Pertandingan E-Pameran Digital, Pertandingan Runcit Luar Talian dan Pertandingan Semangat Berkumpulan.
鈥淜ejayaan ini sangat bermakna kepada kumpulan kami setelah melalui perjalanan yang lama selama 15 bulan sebelum menempah kemenangan.
鈥淜ami telah berjaya menjadi juara secara keseluruhan untuk pertandingan tersebut, justeru ia menjadi satu kebanggaan khususnya buat UUM,鈥 ujarnya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) yang sentiasa aktif dalam membantu kumpulan mereka dalam bentuk khidmat nasihat mahupun kewangan sepanjang pertandingan ini.
Tambahnya lagi, kumpulannya juga menerima dorongan dan sokongan daripada mentor akademik yang memupuk keupayaan ahli serta sokongan padu dari SOIS.
Kumpulan Gryphon sangat aktif dalam menjalankan perniagaan minuman berasaskan kopi di beberapa tapak perniagaan sementara yang disediakan di dalam kampus khusus untuk pelajar bagi menjalankan perniagaan di bawah pengendalian CEDI.
Kopi 鈥楺鲍翱贵贵贰鈥 telah memberi saingan yang sihat dalam perniagaan kopi yang semakin berkembang di dalam UUM.