鈥
LANTIKAN KPT SATU PENGIKTIRAFAN KEPADA UUM
UUM ONLINE: Pelantikan empat staf Institut Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja Pembangunan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021-2025 oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah satu pengiktirafan kepada UUM.
Mereka yang dilantik ialah Pengarahnya, Prof. Madya Dr. Chandrakantan Subramaniam; Timbalan Pengarah Bahagian Business Start-Up, Dr. Wan Norhayati Wan Ahmad; Timbalan Pengarah Latihan, Perundingan dan Siswaniaga, Dr. Saiful Azizi Ismail dan Penolong Pengarah, Faridah Awang.
Dr. Chandrakantan berkata, beliau menghargai kepercayaan yang diberikan oleh KPT dan pelantikan itu juga secara tidak langsung membuka peluang kepada UUM untuk melaksanakan amanah tersebut dengan sebaiknya dalam merancakkan lagi arena keusahawanan.
Menurutnya, berbekalkan pengalaman dalam keterlibatan untuk membangunkan usahawan pelajar sejak 2011, CEDI menunjukkan prestasi cemerlang dan kebolehan dalam melaksanakan projek KPT dengan baik.
鈥淒ari segi peranan, kami bertanggungjawab untuk melihat isu-isu yang timbul dalam pelaksanaan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi 2015-2020.
鈥淒ari situ, kami perlu merangka strategi untuk menangani isu yang timbul serta merangka inisiatif dan aktiviti di peringkat IPT serta nasional, selain menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) peringkat nasional dalam aspek membangunkan usahawan graduan,鈥 katanya yang juga terlibat secara tidak langsung dalam pembangunan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi 2015-2020.
Tambah beliau lagi, AJK terlibat akan membangunkan 鈥榖lueprint鈥 tentang kurikulum keusahawanan di UA yang mana selama ini hanya bergantung kepada subjek semata-mata tanpa ada ekosistem keusahawanan.
Menurutnya, untuk melahirkan usahawan graduan perlu melihat kepada ekosistem universiti dengan mencari permasalahan yang dihadpai universiti dan amalan terbaik untuk dicadangkan kepada kementerian.
Dr. Chandrakantan turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Mengkaji Semula Kurikulum dan Program Keusahawanan Universiti Awam.
Sementara itu, Dr. Wan Norhayati berkata, penglibatan mereka yang mewakili UUM secara langsung dapat mendalami hasrat negara dan KPT dalam meningkatkan lagi aktiviti keusahawanan di semua IPT.
Katanya, dia berharap dapat merangka program yang relevan, menjurus dan fokus serta menzahirkan hasrat kerajaan untuk meningkat keterlibatan graduan dalam bidang keusahawanan.
鈥淏esarlah harapan saya agar mendapat sokongan tenaga pakar dari semua pusat pengajian terutamanya tenaga akademik dari unit keusahawanan di Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan untuk merancakkan agenda pencipta kerja (job creator).
"Saya juga berharap agar staf akademik dapat menerapkan aktiviti keusahawanan dalam subjek mereka yang dilihat membantu UUM menghasilkan lebih banyak syarikat terbitan (start-up company) dan syarikat hiliran (spin-off company)," katanya.