鈥
MASAK-MASAK GAMIT PENGUNJUNG
UUM ONLINE: Resepi warisan asli Kedah yang menghasilkan hidangan memikat selera dengan aromanya yang harum semerbak menggamit pengunjung di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Kedah.
Begitulah penangan menu istimewa Gulai Kawah Daging Rias Pisang yang dipersembahkan oleh Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM), 麻豆直播 (UUM) di Pentas Mini Citarasa, Stadium Darul Aman, baru-baru ini.
Dekan STHEM, Prof. Madya Dr. Kamal Izzuwan Ramli berkata, matlamat utama program demonstrasi masakan ini adalah untuk berkongsi resepi, ilmu masakan tradisional dan masakan barat kepada masyarakat setempat.
Jelasnya, demo masakan ini juga dapat mewar-warkan mengenai produk inovasi yang dicipta oleh pensyarah STHEM sendiri iaitu Norhafizi, Siti Aminah dan Umme Umaimah dengan penghasilan Pes Gulai Kawah Sri Sintok dan Cassia Grandis Brownies.
鈥淒emonstrasi masakan ini boleh dijadikan platform perkongsian ilmu kepada komuniti terutamanya dalam usaha memelihara dan mempromosikan makanan warisan Kedah dengan penghasilan produk inovasi yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.
鈥淧engunjung memberikan respon positif terhadap menu Gulai Kawah Daging Rias Pisang yang menggunakan pes hasil keluaran STHEM, malah pengunjung turut bertanyakan mengenai jualan pes gulai kawah,鈥 katanya.
Sementara itu, pensyarah kulinari, Siti Aminah berkata, teknik memasak turun temurun dengan kombinasi penggunaan teknologi dan tradisional menghasilkan hidangan hebat yang lazat tanpa menghilangkan rasa autentik Gulai Kawah Daging Rias Pisang.
鈥淩esepi warisan asli Kedah ini menggunakan bahan masakan tempatan seperti rias pisang, serbuk kari daging dan tulang lembu yang mengembalikan nostalgia dulu-dulu
鈥淢enariknya Gulai Kawah Rias Pisang merupakan menu kejuaraan dalam pertandingan Raja Gulai Kawah pada 鈥1st Kedah International Culinary Competition 2019鈥 (KEDCC鈥19),鈥 ujarnya.
Demo kedua menampilkan hidangan pencuci mulut, bronis iaitu manisan sihat hasil produk inovasi 鈥楥assia grandis powder鈥 yang telah memenangi 鈥楥ertificate of Excellence Gold Award鈥 pada 鈥楰edah International Culinary Innovation Competition KEDIEC 2021鈥.
Jelas kelihatan pengunjung yang mengerumuni gerai STHEM teruja menyaksikan demo masakan yang dikendalikan pelajar jurusan Hospitaliti, Hazirah dan Jannah.
Hazirah menimba pengalaman baharu dalam berkongsi ilmu masakan serta berpeluang berinteraksi bersama komuniti yang tekun mendengar serta merakam sesi ini.
鈥淪ambutan daripada pengunjung amat mengalakkan terutama terhadap penggunaan serbuk Cassia grandis dalam pembuatan manisan 鈥榖rownie鈥 serta menu gulai kawah rias pisang yang menggunakan pes masakan.
鈥淜emuncaknya ketika sesi cuba rasa serta pemberian sampel makanan yang baru dimasak telah membangkitkan selera pengunjung malah menimbulkan minat untuk membeli pes gulai tersebut.
鈥淜ami teruja berkongsi petua masakan Melayu dan banyak perkara yang ditimba oleh pengunjung semoga acara seumpama ini dapat diteruskan demi memartabatkan makanan warisan kita,鈥 ujarnya.
Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung selama tiga hari itu menghidangkan pelbagai program menarik yang melibatkan variasi kementerian dan agensi.
Selain itu, slot Discover UUM mempromosikan UUM ke peringkat domestik dan antarabangsa, fasiliti, tempat menarik Universiti di Rimba Hijau, persembahan kebudayaan oleh artis budaya UUM, Cyntok Bhatik yang menyaksikan pertunjukan fesyen dan produk UUM bersama usahawan tempatan.