麻豆直播

   鈥   

MB KEDAH SEMBELIH DUA LEMBU BERSAMA NGO

mb korbanUUM ONLINE: Sik - Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor telah melakukan sembelihan dua ekor lembu berhampiran Masjid Ubudiyyah, Kampung Sungai Pau.

Program sembelihan lembu, kambing dan penyampaian sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan sempena Hari Raya Korban pada tahun ini adalah sumbangan badan bukan kerajaan (NGO) anjuran Kelab Kebajikan Little Caliphs (KKLC) dengan kerjasama Little Caliphs International Sdn. Bhd., Yayasan Isra鈥 Malaysia, Kelab Patriot Chapter Perlis 麻豆直播 (UUM), Osman Goat Farm, Secret Correa, Alumni Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan Malaysia (ILKBS), Alumni Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan Usahawan Cuckoo.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi mengalu-alukan sumbangan dan aktiviti mana-mana pihak terutama NGO di negeri ini.

Katanya, walaupun wabak Covid-19 melanda dunia dan negara ini, namun aktiviti kemasyarakatan tetap diteruskan dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

鈥淜edah sentiasa menerima kunjungan dan membuka pintu kepada semua pihak yang ingin menjalankan aktiviti kepada penduduk negeri ini,鈥 katanya yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada yang terlibat termasuk Penasihat Kelab Patriot Chapter Perlis UUM, Samsudin Oli Mohamed.

Pada majlis itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Program dari KKLC, Abdul Razak Ismail yang memilih Parlimen Sik, Padang Terap dan Baling untuk mengagihkan lembu dan kambing di kawasan tersebut pada tahun ini dengan kerjasama Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Sementara itu, Abdul Razak berkata, beliau berterima kasih kepada Menteri Besar di atas kesudian meluangkan masa untuk bersama-sama NGO menyembelih dua ekor lembu dan menyampaikan cenderamata kepada NGO yang mengambil bahagian dalam program ibadah Korban dan Aqiqah itu.

Menurutnya, sebanyak 36 lembu, 34 kambing dan lebih 300 bungkusan termasuk beras diedarkan kepada penduduk yang kurang berkemampuan di tiga kawasan parlimen ini.

鈥榃alaupun perancangan awal kami untuk mengadakan program ini di Sudan, namun atas nasihat dari pihak Wisma Putra dan faktor keselamatan kerana pandemik Covid-19 yang melanda dunia, maka kami meneruskan usaha untuk mengadakan ibadah korban di Kedah dengan persetujuan Menteri Besar.

鈥淪emua petugas juga telah diberi penerangan agar mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), KKM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah JHEAIK bagi menjayakan program ini,鈥 katanya.

Selain agihan daging korban, aqiqah dan barangan makanan beberapa rumah juga menjadi tumpuan mereka untuk membaik pulih dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan Instituti Latihan Kemahiran Belia dan Sukan Malaysia (ILKBS).