麻豆直播

   鈥   

NAIK PANGKAT PADA HARI LAHIR JADI HADIAH ISTIMEWA

q1Semalam menjadi hari yang cukup indah buat pensyarah Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz, 麻豆直播 (TISSA-UUM), Prof. Madya Dr Norhaiza Khairudin apabila menerima kenaikan pangkat yang turut jatuh pada hari lahirnya.

鈥淎lhamdulillah, saya bersyukur atas kepercayaan yang telah diberikan sepanjang perjalanan karier saya. Kini, saya berjaya mencapai satu lagi pencapaian penting sebagai Profesor Madya.

鈥淟ebih menggembirakan, hari ini juga adalah hari lahir saya, dan inilah hadiah yang paling istimewa, menjadikan momen ini terindah untuk dikenang sepanjang hayat,鈥 katanya dengan penuh rasa syukur.

Mengimbau perjalanan kerjayanya, Dr. Norhaiza memulakan langkah di UUM lebih dua dekad lalu, pada tahun 1999, sebagai seorang tutor setelah menerima Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Dengan cita-cita yang tinggi untuk terus menyumbang dalam dunia akademik, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Teknologi Maklumat.

Kenangan manis turut terpahat apabila beliau diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan perintis dalam penubuhan Jabatan Sistem Maklumat Perakaunan di TISSA, yang menggabungkan dua bidang iaitu Perakaunan dan Sistem Maklumat sebagai kekuatan utama dalam profesion perakaunan.

鈥淜ecintaan terhadap ilmu dan semangat untuk memberi impak lebih besar mendorong saya untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang 鈥楢ccounting Information Systems鈥 di University of Western Australia.

鈥淪etelah tamat pengajian, saya kembali dengan tekad untuk memperkukuh TISSA-UUM, khususnya dalam melahirkan graduan cemerlang dalam bidang 鈥楢ccounting Information Systems鈥. Saya juga diberi amanah untuk memimpin Program 鈥楢ccounting Information Systems鈥 dan mengetuai Semakan Kurikulum bagi program Bacct (IS) pada tahun 2022,鈥 jelasnya.

Bagi Dr. Norhaiza, setiap langkah dalam perjalanan kerjayanya adalah batu loncatan untuk berkhidmat lebih baik, menyumbang kepada pembangunan ilmu, pelajar, dan institusi yang dihargainya.

Aspirasi beliau adalah untuk terus melihat TISSA-UUM dan UUM berkembang sebagai universiti bertaraf dunia dalam bidang Perakaunan dan Sistem Maklumat Perakaunan.

鈥淪aya percaya, dengan semangat kerjasama dan komitmen yang kukuh daripada semua pihak, cita-cita ini bukanlah mustahil. Bila punya niat yang baik, Allah akan beri jalan,鈥 katanya dengan penuh harapan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan UUM, terutamanya Dekan TISSA-UUM, Prof. Dr. Ram AL Jaffri Saad serta rakan sejawat atas segala sokongan dan peluang yang diberikan.

鈥淪emoga Allah memberkati usaha kita semua dalam menjadikan UUM sebuah institusi yang terus unggul di persada dunia,鈥 tambahnya.

Beliau merupakan salah seorang daripada 23 staf  UUM yang menerima watikah kenaikan pangkat pada Majlis Watikah Kenaikan Pangkat Staf Akademik dan Pentadbiran 麻豆直播 Bagi Tahun 2025 yang diadakan di Balai Tamu.

Watikah tersebut disampaikan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dato鈥 Dr. Mohd Foad Sakdan, yang turut diiringi Pendaftar, Ahmad Rasidi Abdullah.

Daripada jumlah tersebut, 11 pensyarah menerima kenaikan pangkat kepada Profesor Madya (DS14), sembilan pensyarah (DS13), serta tiga staf pentadbiran, yang terdiri daripada seorang Pegawai Teknologi Maklumat Gred F14