鈥
ORANG MUDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA
Orang muda menggalas amanah yang besar sebagai pelapis masa depan negara yang memastikan negara ini bebas daripada anasir negatif yang merosakkan.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato鈥 Seri Mahdzir Khalid berkata, dalam membina sebuah negara bangsa di era kepesatan teknologi sekarang, perkara paling utama perlu berdisiplin, pandai membawa diri, cerdik serta tidak lagi bergantung pada ibu dan ayah.
鈥淛adi siapa yang ada disiplin, pengetahuan, pandai komunikasi, akan berjaya tapi yang tidak tahu apa-apa hanya mengikut arus yang berlaku akhirnya terjebak dalam perkara yang tidak sepatutnya.
鈥淒ahulu nenek moyang berjaya membina negara bangsa dan kini anak muda sedang membina negara bangsa 50 tahun dari sekarang termasuk membina generasi,鈥 katanya pada Sesi Townhall Mahasiswa & Belia Padang Terap bersama YB Dato鈥 Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar, semalam.
Pada majlis yang berlangsung di Dewan Badlishah, Kolej MARA Kuala Nerang itu, belia seluruh Padang Terap dan pelajar institusi pengajian tinggi berpeluang beramah mesra serta mengutarakan soalan dan isu terkini.
Sementara itu, Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, dewasa ini isu rasuah paling berleluasa justeru beliau mengingatkan pelajar agar menjaga integriti dan lakukan dengan kesungguhan kerana jentera anak muda mempunyai kekuatan luar biasa, hebat dan kental.
Jelasnya, anak muda yang akan menggantikan pemerintahan dan perlu melakukan semua perkara dengan penuh integriti dan terpuji serta sentiasa bersemangat bagi membuktikan kita bukan bangsa yang lemah.
鈥淪esungguhnya kita adalah penerus perjuangan nenek moyang, buang keseronokan bersifat sementara dan belajarlah bersungguh-sungguh untuk berjaya supaya dapat menolong ramai di luar sana dan jangan biar bangsa diinjak-injak.
鈥淛auh di sudut hati, kalian seperti anak-anak kami semua dan untuk menjadi bangsa dipandang mulia pastinya ingin kehidupan berkasih sayang di mana yang tua kasih pada yang muda dan yang muda hormat yang tua. Oleh itu, jadilah ilmuan dan pendita yang hebat.
鈥淛adikan diri berjiwa besar dan bangkitlah seperti junjungan mulia, Rasulullah ketika mana diuji dengan keburukan baginda sentiasa membalas dengan kebaikan. Ujian dan cabaran yang datang merupakan proses untuk membina jati diri kita,鈥 kongsinya
Katanya, sebagai anak muda perlu ada wawasan yang jelas, semangat juang untuk mengangkat agenda agama, bangsa, negara di samping menjadi penggerak dan pejuang untuk membangunkan tanah air ini.