麻豆直播

   鈥   

Geran Erasmus SDGs Journalism Reporting sumbang kemajuan kewartawanan SDG

UUM ONLINE:  NINGBO, CHINA: Geran Penyelidikan, Erasmus SDGs Journalism Reporting yang dianugerahkan oleh Erasmus + Programme of The European Union kepada 麻豆直播 (UUM) sudah dilaksanakan dengan jayanya oleh kumpulan penyelidik universiti ini.

Kumpulan penyelidikan ini terdiri daripada Ketua Penyelidik UUM, Prof Dr Huda Ibrahim, Prof Dr Azman Yasin, Prof Madya Dr Mazni Omar, Prof Madya Dr Bahtiar Mohamad dan Prof Madya Dr Mazida Ahmad dan Dr Azahar Kasim sebagai felo penyelidik.

Sumbangan geran ini adalah menghasilkan silibus SDG Journalism dengan menggabungkan elemen kewartawanan dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) daripada enam universiti dari Asia dan Eropah.

Prof Dr Huda dan ahli kumpulan penyelidik.

Pembangunan silibus kewartawan dengan elemen SDG ini mampu menggerakkan kesedaran penduduk seluruh dunia mengenai kepentingan maklumat SDG disampaikan kepada masyarakat dunia yang semakin maju dan berinovasi.

Ketua Projek Eramus SDGs Journalism UUM, Prof Dr Huda Ibrahim berkata, sumbangan lain adalah pembelian peralatan produksi yang dapat membantu pelajar menyelami dunia media selepas menghasilkan kandungan yang berasaskan kepada SDG.

Katanya, gabungan kewartawanan dan teknologi dilaksanakan apabila mengwujudkan makmal penyelidikan SDG untuk menghasilkan produksi berita dan program media baru menggunakan pendekatan Artificial Intelligence (AI) dan Robotic Journalism.

Dr Huda berkata, penyelidik juga berkerjasama dengan beberapa agensi media, termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Malaysia Press Intitute (MPI) dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdu Razak (IPPTAR) untuk menyediakan program sijil dan diploma berfokuskan kepada elemen SDG kepada pengamal media.

鈥淜ita menawarkan program pembelajaran SDG kewartawanan dalam bentuk sijil dan diploma bagi membolehkan mereka memahami dengan lebih mendalam kelebihan elemen SDG kepada penduduk di Malaysia mahupun masyarakat dunia,鈥 katanya.

Beliau berkata, geran ini juga membolehkan pensyarah UUM mendapat pengalaman dan mempelajari tata kelola mengendalikan geran Erasmus + EU bersama universiti lain terutama dari Eropah.

Ketua Kumpuan Geran Erasmus, Oscar dari Sepanyol

Katanya, geran ini adalah untuk mengutip data dan menambahkan maklumat penyelidikan dalam aspek penawaran subjek, kualiti, akreditasi, pelaksanaan, penyampaian dan kelestarian projek SDG Journalism Reporting.

Untuk rekod, antara universiti yang terbabit dalam geran ini ialah Universidade de Santiago de Compostela (USC), Sepanyol, Lucian Blaga University of Sibiu (LBUS), Romania dan Novel Group Sarl (NGS), Luxembourg.

Universiti di Asia ialah UUM bersama dengan National University of Battambang (NUBB), Cambodia, Royal University of Phnom Penh (RUPP), Cambodia, University of Nottingham Ningbo China (UNNC), China, Shenzhen Polytechnic (SZPT), China dan Universiti Malaya (UM), Malaysia