Âé¶¹Ö±²¥

   â€¢   

PKP 3.0: AMALKAN KAWALAN KENDIRI CEGAH COVID-19

UUM ONLINE: Penularan varian baru virus SARS-CoV-2 terutamanya Variant of Concern (VOC) di negara ini hingga menyebabkan berlakunya penularan yang cepat dan berbahaya telah mendorong Ketua Pengarah Kesihatan untuk mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar melakukan kawalan kendiri.

Hal ini turut digesa kepada warga Âé¶¹Ö±²¥ (UUM) supaya dapat mengambil langkah berjaga-jaga, ditambah pula kini bilangan pesakit yang semakin meningkat sama ada di fasiliti awam mahupun swasta.

Pengarah Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Dr. Adi Azhar Abdul Razak berkata, dengan peningkatan jumlah kes semasa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyarankan agar semua orang mengamalkan kawalan kendiri bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Menurutnya, sebagai rakyat Malaysia dan warga universiti yang bertanggungjawab, peringatan tersebut harus diambil berat dan dipandang serius demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Katanya, antara kawalan kendiri yang boleh dilakukan adalah kekal duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar, sentiasa menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap cuci tangan dengan sabun atau cecair basmi kuman, elakkan daripada menyertai sebarang aktiviti yang berisiko untuk terdedah dengan orang ramai dan elakkan daripada menerima tetamu di rumah.

"Selain itu, kita juga boleh mengoptimakan penggunaan teknologi komunikasi untuk kekal berhubung dengan sahabat-sahabat dan sanak-saudara, gunakan perkhidmatan atas talian sekiranya perlu membuat sebarang pembelian, rancang pergerakan bagi mengelakkan kesesakan di tempat awam sekiranya perlu keluar dari rumah, masak makanan sendiri untuk khasiat yang lebih baik dan seterusnya mengelakkan daripada risiko untuk mendapat jangkitan Covid-19 dan lakukan aktiviti senaman di dalam kawasan rumah sendiri.

"Bagi mereka yang dikenal pasti di aplikasi MySejahtera sebagai kontak kasual, Person Under Surveillance (PUS), kes suspek, atau confirmed case, telah menjalani ujian saringan Covid-19 sehingga keputusan ujian diketahui, dikenal pasti sebagai kontak rapat dan masih menunggu panggilan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau telah dikesan positif Covid-19 dan sedang menunggu panggilan PKD, sila kekal di rumah dan amalkan kuarantin kendiri dengan penuh tanggungjawab," katanya.

Dr. Adi Azhar berkata, beliau berharap dengan tanggungjawab yang diamalkan warga UUM itu diharapkan dapat membantu negara memutuskan penularan Covid-19.

Pada masa sama, beliau memaklumkan bahawa PKU beroperasi seperti biasa mengikut waktu operasi sedia ada, manakala pesakit PKU yang memerlukan ubat ulangan, boleh hubungi 04-928 2525 mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan pengambilan ubat tersebut di pos utama pada jam 5.30 petang hingga 6.30 petang.

covid