麻豆直播

   鈥   

PRODUK INOVASI PELAJAR STML BANTU KURANGKAN RISIKO KEMALANGAN

shellUUM ONLINE: Saban hari kita menyaksikan kes kemalangan dan kemalangan maut tinggi yang dilaporkan di media terutamanya membabitkan penunggang motosikal dan angka ini terus meningkat menjelang musim perayaan. 

Atas kesedaran itu, empat pelajar dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) mengambil langkah proaktif mencipta projek inovasi iaitu 鈥楬elmet Chin Strap Detector and Alcohol Detection System鈥, sekali gus membantu kerajaan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya dan meningkatkan keselamatan jalan raya.

Pelajar tersebut ialah Danusha Raman, Lai Soon Kian, Heemashini Thana Seelan dan Kavines Nair Ananthan yang merupakan pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan).

Kavines Nair Ananthan berkata, topi keledar ialah aksesori yang wajib dipakai bagi melindungi kepala dan penting untuk keselamatan penunggang.

Menurutnya, apabila penunggang motosikal itu memakai topi keledar mengikut standard keselamatan ditetapkan, ia secara tidak langsung boleh mengurangkan 40 peratus risiko maut dan 70 peratus kecederaan kepala.

鈥淩amai penunggang motosikal yang memakai topi keledar, namun ada yang tidak memakai dengan betul misalnya tidak mengetatkan tali di bawah dagu atau terlupa mengikatnya kerana jika berlakunya kemalangan pasti akan mengundang kecederaan parah atau menyebabkan nyawa melayang.

鈥淛usteru, untuk mengurangkan risiko itu, kami mencipta 鈥楬elmet Chin Strap Detector and Alcohol Detection System鈥 yang diinovasikan daripada topi keledar yang memfokuskan kepada keselamatan penunggang motosikal.

鈥淭opi keledar prototaip digunakan untuk menilai kecekapan pengesanan tali dagu, malah kami juga memasukkan nilai tambah yang boleh mengesan paras alkohol. Pengesan tali dagu pada asasnya berfungsi dengan tujuan sama seperti tempat duduk kenderaan yang akan memberi amaran apabila mereka tidak memakai topi keledar dengan betul,鈥 katanya.

Sementara itu, menurut Lai Soon Kian, tali topi keledar dan sistem pengesan alkohol memberi isyarat melalui telegram setiap kali penunggang tidak memakai topi keledar dan juga mengesan penunggang yang mabuk menerusi paras kepekatan alkohol.

鈥淢enariknya, topi keledar ini memberi respon yang cepat. Sebagai contoh, jika pemandu tidak memakai tali dagu dengan betul, ia akan mengeluarkan bunyi 'bip' dan menghantar mesej kepada telegram.

鈥淒engan pembangunan topi keledar ini, ia dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memakai topi keledar dengan betul apabila menunggang di jalan raya selain melindungi mereka daripada kecederaan,鈥 tambahnya.

Hasil inovasi itu telah membolehkan pasukan 麻豆直播 merangkul tempat ketiga dalam pertandingan ##ShellSelamatSampaiVarsityChallenge (#SSSVC) 2021 anjuran Shell Malaysia sekali gus membawa pulang sijil, pingat dan wang tunai bernilai RM3,000.

Mentor, Dr. Fariza Ahmad Mahyadin@Mahidin berkata, #SSSVC merupakan pertandingan keselamatan jalan raya inovatif yang menyediakan platform bagi minda yang cerdas dan inovatif dalam kalangan pelajar IPTA dan IPTS untuk mempamerkan idea mereka dalam mengurangkan risiko keselamatan jalan raya di Malaysia.

Menurutnya, TeamUUM_G2 mendapat saingan daripada UPM, UNIMAS, UTAR dan UTEM di pusingan akhir, namun hasil dedikasi dan kegigihan selama lebih enam bulan menjana idea dan membuat persiapan, akhirnya mereka berjaya memenangi tempat ke-3.

Katanya, kejayaan tersebut membuktikan ilmu dan kemahiran yang ditimba oleh peserta dalam program yang bermula sejak 7 September 2021 sehingga 20 Januari 2022 dapat diaplikasikan sepenuhnya pada cabaran kali ini.