鈥
REKOD PENCAPAIAN CEMERLANG UUM BANGGAKAN KSU KPT
UUM ONLINE: "Tahniah UUM!," kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dato' Seri Dr. Mazlan Yusuff sempena Lawatan Kerja Ke 麻豆直播 (UUM), hari ini.
Beliau berkata, UUM telah menunjukkan rekod pencapaian yang baik dan cemerlang dalam QS World University Rankings (QSWUR) iaitu dengan tersenarai sebagai Top 100 QSWUR Under 50.
Menurutnya, beliau berbangga di atas pencapaian tersebut yang telah memperlihatkan peningkatan positif, begitu juga universiti awam lain yang turut mencatatkan peningkatan memberangsangkan.
"Ranking is important kerana ia bukan semata-mata pada angka tetapi membuka peluang kepada kolaborasi, nilai-nilai kajian, infrastruktur dan menjadi perhatian pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti pilihan mereka.
鈥淪elain itu, ranking ini juga memainkan peranan penting untuk lonjakan imej sesebuah universiti dan juga kebolehapasaran graduan (GE). Saya melihat peratusan GE UUM sangat tinggi dan ia merupakan sesuatu yang sangat baik," katanya yang juga Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UUM.
Tambah beliau, walaupun UUM bukan universiti penyelidikan (RU) dan hanya memfokus kepada bidang pengurusan, UUM masih berupaya melahirkan graduan yang versatil dari pelbagai aspek seperti kepimpinanan, keusahawanan dan digital.
Dalam masa yang sama, beliau turut menyokong titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah tentang penubuhan Pusat STEM di UUM yang bertujuan untuk melihat negeri Kedah bertambah maju terutamanya dalam penggunaan Artificial Intelligence (AI) dan data raya (big data) menuju era 鈥榙igital economy鈥 dan 鈥榞ig economy鈥 yang bersesuaian dengan hasrat UUM menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka di era digital namun masih kekal sebagai universiti pengurusan.
Di samping itu, Dato' Seri Dr. Mazlan mengingatkan agar universiti bukan sahaja cemerlang akademik, malahan menjaga tadbir urus universiti dengan baik dari aspek kredibiliti dan proses kerja.
Beliau juga menerangkan bahawa sepanjang penularan wabak Covid-19, KPT telah didedahkan dengan pelbagai isu berkaitan Covid-19 termasuk memberi respon pertama melibatkan penutupan universiti, penyelarasan takwim akademik serta memperkasakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara online.
Sementara itu, Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, UUM berusaha untuk meningkatkan pencapaian ranking yang semakin menunjukkan peningkatan.
Menurutnya, beliau mensasarkan pada tiga atau empat tahun akan datang, UUM akan tersenarai dalam Top 50 QSWUR Under 50 menerusi pelbagai agenda yang dirancang termasuk Pelan Strategik Fasa 3 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.
鈥University ranking is not just a number but a responsibility.
鈥淎ntara usaha yang akan dilakukan UUM adalah seperti meningkatkan jumlah staf bukan warganegara yang akan membantu dalam agenda ranking universiti ini ,鈥 katanya.
Beliau turut memberi taklimat tentang jumlah pensyarah yang memiliki PhD semakin bertambah, status kampus UUMKL yang akan menjadi kampus penuh dan pencapaian penerbitan yang semakin membanggakan.
Selain itu, Naib Canselor juga menerangkan tentang inisiatif diambil UUM sepanjang penularan pandemik Covid-19 seperti kutipan Tabung Khas Covid-19 yang berjumlah lebih RM310,000 dan penawaran geran penyelidikan ResQ-Covid-19 bernilai RM110,000.
Tidak ketinggalan, peratusan kebolehpasaran graduan UUM sebanyak 92.2 peratus iaitu tertinggi dalam sejarah universiti, malah antara yang tertinggi dalam kalangan universiti awam lain dengan 84.2 peratus adalah graduan yang benar-benar bekerja.
Pada lawatan itu juga, Naib Canselor menerangkan tentang hasrat UUM menubuhkan Pusat STEM seperti yang dizahirkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.
Turut membuat pembentangan ialah Pemangku Bendahari, Eylani Ahmad tentang Kelestarian Kewangan; Pendaftar, Baharudin Yaacob tentang Sumber Manusia dan Pengarah JPP, Ir. Md Uzairin Saidin berkenaan projek pembangunan dalam kampus.