鈥
SEFB RINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR DI BALING
UUM ONLINE: 鈥楤erat sama dipikul, ringan sama dijinjing鈥. Itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan keprihatinan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) untuk membantu meringankan beban mangsa banjir di Baling, baru-baru ini.
Cakna dengan nasib mangsa terjejas, penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Dekan SEFB, Prof. Madya Dr. Bakti Hasan Basri kepada Timbalan Pengerusi Masjid Kg. Iboi, Baling, Ustaz Mat Zukri Abu Bakar.
Bakti berkata, sumbangan berupa wang tunai itu adalah tanda prihatin warga SEFB dan UUM kepada penduduk di Baling khususnya di Kampung Iboi yang menjadi mangsa bencana banjir.
鈥淪eramai 20 penduduk kmapung terlibat telah dikenal pasti untuk menerima sumbangan ini yang diharapkan dapat membantu mereka untuk membeli barangan keperluan dan kegunaan harian.
鈥淪EFB sentiasa aktif menjalankan projek komuniti dengan membantu penduduk sekitar UUM termasuk membantu pelajar UUM serta komuniti setempat yang memerlukan,鈥 katanya.
Sementara itu, Ustaz Mat Zukri merakamkan penghargaan kepada UUM khususnya SEFB yang sudi menghulurkan sumbangan untuk mangsa banjir di sini.