麻豆直播

   鈥   

TISSA-UUM LAKSANA TIGA PROGRAM DI BAWAH PENJANA KPT-PACE BERI NILAI TAMBAH KEPADA PELAJAR

tissaUUM ONLINE: Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) 麻豆直播 (UUM) telah menerima peruntukan sebanyak RM363,000 daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi melaksanakan tiga program di bawah PENJANA KPT-PACE.

Dekan TISSA-UUM, Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf berkata, tiga program yang akan dilaksanakan pusat pengajian berkenaan, iaitu ACCA Certificate in Global Services (GBS), ACCA Accelerate dan PECB Certified General Data Protection itu bakal memanfaatkan 121 pelajar dan graduan UUM apabila dilaksanakan bermula pertengahan tahun ini.

Menurutnya, ketiga program itu diyakini mampu memberi nilai tambah kepada pelajar dan graduan dari pusat pengajian ini terutamanya untuk menjadi lebih kompetitif di dalam pasaran kerja dan menjadi ahli badan profesional kelak.

Katanya, beliau mengalu-alukan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Perakaunan dan Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) serta graduan baru tamat pengajian yang belum mendapat pekerjaan untuk menyertai setiap program ini dengan kaedah pelaksanaan berbeza mengikut program.

鈥淜uota pelajar bagi setiap program ini juga adalah berbeza yang mana 30 orang untuk PECB Certified General Data Protection, ACCA Certificate in GBS (60) dan ACCA Accelerate (31).

鈥淜ini, TISSA dalam proses mengenal pasti pelajar dan graduan yang berminat untuk mengikuti ketiga program ini yang akan dilaksanakan mengikut kaedah 鈥榦nline based learning鈥 dan juga hibrid sebelum menduduki ujian pensijilan masing-masing,鈥 katanya.

Menurut beliau lagi, program itu akan membantu meningkatkan 鈥榤补谤办别迟补产颈濒颈迟测鈥 dan 鈥榲颈蝉颈产颈濒颈迟测鈥 UUM di peringkat global memandangkan bidang analisis data dan visualisasi data merupakan bidang yang semakin penting dalam bidang perakaunan.

Di samping itu, ia juga akan meningkat peratus kebolehpasaran graduan (GE) UUM terutamanya graduan perakaunan di peringkat awal kerjaya mereka, selain melahirkan graduan perakaunan yang mempunyai kelayakan perakaunan profesional.

Pada masa sama, katanya, pelajar perakaunan juga dapat menikmati penjimatan yuran peperiksaan untuk menduduki peperiksaan di bawah program ACCA Accelerate.

鈥淧ada masa hadapan, saya berharap TISSA-UUM dapat mewujudkan simulasi firma perakaunan sendiri agar dapat menyediakan ruang kepada pelajar untuk dilatih dalam bidang perakaunan, audit dan sebagainya sebagai pendedahan kepada kerjaya perakaunan sebelum mereka memasuki pasaran kerja.

鈥淪elain itu, saya juga berharap hasrat mewujudkan makmal profesional tercapai agar pelajar-pelajar ini dapat menduduki peperiksaan ACCA di UUM sendiri,鈥 katanya yang turut mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak dalam usaha pusat pengajian ini membantu pelajar.

Di bawah program PECB Certified General Data Protection, pelajar akan belajar menerusi 鈥榦nline based learning鈥 selama tiga hari dan kemudian menduduki ujian pensijilan.

Setelah menamatkan program ini, pelajar boleh menduduki peperiksaan dan layak memohon PECB Certified GDPR Foundation sebagai bukti bahawa pelajar telah memahami metodologi asas, keperluan, kerangka dan pendekatan pengurusan.

Manakala bagi ACCA Certificate in GBS pula, program ini akan dilaksanakan secara dalam talian apabila pelajar perlu mengikuti 10 jam kelas ulang kaji bersama fasilitator dan 30 jam pengajian kendiri dengan pemantauan serta ujian dalam talian di platform ACCA.

Program ini memperkenalkan pelajar kepada model perniagaan perkhidmatan kongsi dan penyumberan luar yang berkaitan dengan operasi kewangan dan bagaimana model tersebut berbeza memandangkan GBS adalah satu industri yang sedang berkembang pesat dan kemahiran ini akan memberi nilai tambah yang besar pada pelajar.

Bagi program ACCA Accelerate, pelajar akan mengikuti 20 hari kelas ulang kaji secara dalam talian dan perlu menduduki dua peperiksaan sepanjang dua semester.

Objektif program ini adalah untuk membantu pelajar mendapatkan kelayakan profesional perakaunan mereka dengan memberi sokongan untuk dua daripada empat modul ACCA yang perlu diduduki. Kelayakan profesional ini dapat memberi nilai tambah untuk masa depan kerja dalam bidang profesional perakaunan.

Program PENJANA KPT-PACE memberi fokus kepada pemberian sijil profesional sebagai nilai tambah graduan bagi meningkatkan peluang kebolehpasaran dengan tujuan membantu pelajar semester akhir dan graduan 2021 membiayai kos atau yuran mengikuti kursus sijil profesional yang berkaitan dengan bidang pengajian.

Untuk maklumat lanjut berkaitan program profesional yang ditawarkan di bawah TISSA-UUM, boleh layari tissa.uum.edu.my atau hubungi Pengerusi Program Profesional, Dr. Dzarfan Abdul Kadir di talian 012-5494 330 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.