麻豆直播

   鈥   

UUM FELLOWSHIP RIDE 2023 CABAR ADRENALIN

L GEREKUUM ONLINE: UUM Fellowship Ride 2023 sukan yang mendebarkan ternyata mencabar adrenalin penggemar sukan berbasikal dari seluruh Malaysia di samping mencari damai dengan alam.

Seramai 200 peserta beraksi menguji tahap kecekapan dengan menempuh laluan berbukit, sawah serta denai yang memberi kepuasan.

Pengarah Program, Mazri Yaakob berkata, UUMFR2023 merupakan acara kayuhan santai (鈥榝unride鈥) yang bermula di Pusat Sukan, 麻豆直播 (UUM) merentasi daerah Kubang Pasu seperti Kampung Langsat, Bukit Kechil, Napoh, Hosba, Wang Perah, Kampung Darat, Kampung Baru  dan Changkat Setol.

鈥淪eawal pagi, peserta memulakan kayuhan dengan mempamerkan disiplin yang tinggi, tenang dalam kayuhan yang memberi pengalaman berharga.

鈥淭ujuan utama kayuhan ini adalah untuk saling berkenalan dan merapatkan ukhuwah sesama peserta dari pelbagai negeri yang mempunyai hobi yang sama di samping menikmati keindahan dan kebesaran ciptaan Ilahi di sepanjang kayuhan,鈥 ujarnya.

Jelasnya, program anjuran Kelab Basikal 麻豆直播 Cycling Club (UUMCC) dengan kerjasama Baling Cycling Club (BCC) sebagai salah satu langkah memperkenalkan UUM kepada masyarakat umum dan mempromosikan UUM di Malaysia mahupun di luar negara.

鈥淪ambutan amat menggalakkan dengan kekuatan 30 ahli pasukan serta 20 orang marsyal mengiringi peserta sepanjang kayuhan bagi melancarkan perjalanan dan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku

鈥淎lhamdulillah program berjalan lancar dan semuanya sampai dengan selamat. Terima kasih kepada semua dan peserta yang terlibat dalam menjayakan aktiviti gaya hidup sihat,鈥 katanya.

              

Jelasnya, acara ini juga bersempena sambutan ulang tahun UUM ke-39 pada tahun 2023  ini selain meningkatkan kesedaran dan menunjukkan rasa penghargaan kakitangan dan alumni UUM dengan membantu mempromosi UUM di seluruh Malaysia.

Terdahulu, majlis pelepasan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat Dan Kebajikan, Dato鈥 Halimaton Shaadiah Saad di Pusat Sukan UUM, kelmarin.   

Sementara itu peserta, Nor Azani Abidin berpuas hati dengan trek yang menguji skil dan kemampuan peserta.

鈥淭rek memang hebat, cuaca elok, paling 鈥榖est鈥 marsyal memainkan peranan terbaik dalam menjaga dan mengawal kelajuan peserta.

鈥淛arak bukan ukuran, yang penting kepuasan, acara ini memberi keseronokan kepada peserta yang datang dari jauh melihat bumi Sintok dan program seumpama ini diharapkan menjadi acara tahunan,鈥 katanya yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, Kupang.  

Penganjuran ini juga mewujudkan kesedaran kepada masyarakat luar bahawa UUM bukanlah hanya sebuah institusi pengajian semata-mata, bahkan aktif dalam penganjuran sukan di peringkat antarabangsa.