鈥
UUM RANGKUL ANUGERAH DI THE 4TH SOUTHERN THAILAND INTERNATIONAL INNOVATION AND CULTURE FESTIVAL 2022
UUM ONLINE: Dalam usaha mengangkat martabat budaya, kesenian dan warisan di rantau ASEAN, 麻豆直播 (UUM) melalui Pusat Budaya dan Seni (PBS) telah berjaya merangkul anugerah 鈥楾he Best Artistic Dance鈥 pada The 4th Southern Thailand International Innovation and Cultural Festival 2022 anjuran Rajamangala University of Technology Srivijaya, Thailand (RUTS) yang diadakan secara atas talian, baru-baru ini.
Pengarah PBS, Asmawiza Hussin berkata, festival itu disertai 15 universiti dari enam negara ASEAN yang menampilkan persembahan kebudayaan tradisional dan kreatif.
Menurutnya, penganjuran program seumpama itu menjadi platform terbaik kepada UUM untuk menyerlahkan bakat pelajar dalam bidang kebudayaan dan kesenian, sekali gus memperkenalkan 鈥creative talent performance鈥 UUM di persada antarabangsa.
鈥淯UM sentiasa menyokong program seperti ini kerana ia dapat menyerap inti pati warisan budaya, pengaruh dan pembangunannya dalam usaha untuk menggalakkan pemahaman yang lebih baik dan penghargaan kepada budaya sebagai suatu warisan dunia.
鈥淔estival ini turut menyediakan peluang kepada pelajar dan masyarakat terutama mengenai seni dan budaya negara di rantau ASEAN,鈥 katanya.
Tambahnya lagi, program kesenian itu juga memberi peluang kepada pelajar UUM untuk menunjukkan bakat mereka, di samping dapat bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman dengan pelajar dari universiti lain.
Sementara itu, Presiden Kelab Tarian Bidasari, Loganayagi Devi a/p Suresh, Kumpulan Tarian Bidasari yang diwakili oleh lapan pelajar itu mempersembahkan tarian Rasa Sayang Multicultural of Malaysia.
Menurutnya, untuk mencapai objektif festival, setiap kumpulan perlu mempersembahkan keunikan seni dan budaya negara masing-masing menerusi persembahan selama 10 minit.
鈥淪aya yakin festival ini memberi peluang terbaik untuk pelajar UUM dalam mencari pengalaman, pengetahuan yang lebih mendalam dan apda masa sama membina semangat berpasukan, pemikiran kritis yang lebih matang dalam mendepani cabaran dan saingan masa kini.
鈥淪aya percaya dengan etika-etika yang diterapkan melalui aktiviti kesenian ini juga pelajar akan menjadi lebih berdisiplin,鈥 katanya.